Saturday, December 17, 2011

Sebelum nafas terhenti....




Bila Bilal melaungkan azan, dia memanggil umat Islam untuk solat, maka menujulah kamu ke masjid untuk sujud kepada Yang Esa.

namun..


Bila Malaikat Maut datang memanggil, jasad terbujur di pembaringan, seluruh tubuh akan menggigil, sekujur badan akan kedinginan, maka berehatlah kamu umat Islam selama-lamanya, tiada lagi ibadah untuk kamu.


Diedit drpd post
syahirul.com

Friday, December 16, 2011

Seandainya dia bukan untukku...


Ya Allah,
Bila dia bukan untuk ku,
Bila dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya.
... Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku.

Ya Allah,
Bila ini bukan masanya,
Bila ini belum saatnya,
Jarakkan kami.
Pisahkan kami.
Agar kami jauh dari dosa dan perkara sia-sia.
Agar kami tak mengundang murkaMU.
Agar kami dapat lebih menjaga hati....


Dipetik daripada hasil penulisan Lelaki Soleh Idaman Wanita Solehah..

Monday, December 12, 2011

Cinta nan Indah...


Assalamualaikum dan salam sejahtera... Hari ni, cuaca kat UKM ni cerah sekali, mentari menyinari seluruh alam, tumbuh-tumbuhan dapat membuat makanannya sendiri (fotosintesis) dengan sempurna, burung-burung menyanyi keriangan, angin pagi yang menyegarkan...begitu indahnya ciptaaan Tuhan.

Sebenarnya, pagi ni aku nak berkongsi sedikit tentang hati dan perasaan..aku terbaca dalam salah satu laman sosial dan begitu tertarik sekali dengan penulisannya..
Ini adalah hasil tulisan Abdullah, student dari UKM gak..kkita baca dan hayati dialog ini, adakah prinsip kita sama dengan apa yang bakal dibaca ini...

Si Jejaka : Hi awak, boleh berkenalan, da lama saya perhatikan awak.
Si gadis : Assalamualaikum…sape ni?

Si Jejaka : Waalaikumussalam..saya *hamba ALLAH*.Terus terang saya rasa tertarik hati ngan awak ,Tapi sebelum tu boleh saya tau awak sudah berpunya ke belum?
Si gadis : Selagi belum bernikah saya bukan kepunyaan sapa2.ish3…


Si Jejaka : Boleh tak kte berkawan?
Si gadis : Mintak maaf, saya takut persahabatan yang dibina bertukar kepada rasa cinta. Saya harap awak faham.


Si Jejaka : Baguslah kalau begitu, tak salah kan.
Si gadis : Itu salah.. cinta sebelum nikah adalah HARAM.
Si jejaka : 0oo ok..so macam mana saya nak dekati awak? Si gadis : dekati abah dan mama saya. Kalau mereka setuju terus masuk meminang, kan senang.

Si jejaka : err….macam tu ke..kenapa kena melalu family awak dulu?
Si gadis : Sebab saya tak nak terjatuh cinta ngan awak sebelum nikah. Saya tak nak mulakan zina hati.
Si jejaka : Saya faham,kalau saya tak mampu lagi nak meminang awak
Si gadis : Simpanlah cinta dan rindu itu di dalam hati, sehingga ALLAH bagi kemudahan pada awak. Mencintai tidak semestinya memiliki. Redha akan takdir yang ditentukan ALLAH.


Si jejaka : Ok saya faham.
Si gadis : Terima kasih, saya ada hal ni..assalamualaikum
Si jejaka : Waalaikumussalam.

Tuesday, November 29, 2011

RAPUH.....



Kebelakangan ni, aku rasa hatiku rapuh sangat, mudah sangat tersentuh, kecewa, sakit hati, stress semuanya bercampur aduk..semua perkara yang aku buat tak berhasil,,bak kata orang aku buat kerja yang sia-sia, tidak membuahkan hasil langsung..


Kenapa aku harus menjadi selemah ini, tidak berani menghadapi segala kemungkinan yang datang..aku tidak ikhlas mengharunginya, ya Allah, ringankanlah bebanku ini..aku tidak terdaya untuk menempuhinya..aku tidak yakin dengan diriku sendiri..

Di waktu aku cuba untuk melupakan semuanya, kenapa perkara lain pula yang melanda, seorang shabab hadir membawa sekelumit keceriaan dalam hatiku..namun kehadirannya sebentar cuma...seperti bermain "tarik tali"...membawaku terhadap persoalan yang tidak ada titik noktahnya..setelah memberi harapan kepadaku, akhirnya dia diam seribu bahasa..emmm kenapa harus seperti ini akhirnya..


Dugaanku semakin hari semakin bertambah..namun aku tahu,, Allah tidak akan menguji dengan memberi cabaran dan dugaan ini seandainya aku tidak mampu untuk mengharunginya...aku redha ya Allah dengan ketentuanMu, Engkau Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk setiap hambaMu.. aku terima seadanya...

Tuesday, October 25, 2011

Di Sebalik Payung...

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ini aku mendapat ilmu yg sangat b'guna bt diriku dan juga mungkin untuk sahabat semua, kisah ini bermulanya dengan payung..kawan aku t'gopoh-gapah mencari payungnya yg berada di depan mata, die xnampak sebab lupa nk pkai spek..dalam kekalutannya aku mulai bertanya, "nape la nk kalut sgt cari payung 2, bkannya hujan pn", kemudian die merenung tenang ke arahku...

Then, die pn mula la bg khutbahnye yg xpernah jemu kt aku ni..sebagai nasihat...
"Payung ni sbnrnye kita bkannye gna die ms masa hujan je, time perlu br kte nk cr die, time xnk kte letak je kt mana2"..aku mulai bingung dengan kenyataan..
Dia menyambung lg.."Payung ni sentiasa kita perluknnya, xkira hujan, mendung atau panas..sm cam manusia juga yakni sahabat, time perlu je kita cari die tp ble kte senang dan gembira..kita lupekan die, yg lama kte buangkn namun yg baru br sehari dua kita kenag-kenangkn....kita xbleh la pentingkn diri camtu..sahabat yg setia mestilh saling memerlukan..

Kini, baru aku faham pe maksud di sebaliknye..selama ni, aku xpenah pn t'fikir sebab aku rs cam payung just payung, hanya digunakan masa hujan je..namun de maksud yg t'sirat di sebaliknya....

Monday, October 17, 2011

RENUNGAN BERSAMA....


Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang-bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam & siang.

Apasal la aku malas sembahyang,
Kerja dah best keluarga pun dah senang,
Negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,
Takkan lima minit lima waktu aku tak boleh luang.

Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi akal supaya aku tak bangang,
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang,
Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang...

Apasal la aku malas sembahyang,
Main bola aku sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang,
Apa la aku ingat masuk syurga boleh hutang?

Apasal la aku malas sembahyang,
Aku kena ingat umur Kita bukannya panjang,
Pagi kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang-sorang.

Apasal la aku malas sembahyang,
Siksa neraka cuba la aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh halang!

Saturday, October 15, 2011

HATIKU..



Wahai hati, aku xdapat nk menghindari hati ini daripada jatuh hati..
Knp mesti aku jatuh hati pd seseorang 2 pd masa ni (tgh blaja)..aku tahu perkara ini salah..
Tp…aku menyukainya dalam diam, xpernah aku bagitahu sape gerangannya kt mn2 insan yang kukenali..
Walaupun dirinya sendiri..
Masih t’lalu awal bagiku untuk b’cnta tp perasaanku mudah saja menyukainya..
Mudah t’tarik akan p’watakannya yg mudah mesra…dan kematangannya btkan aku suka utk mengenalinya..
walaupun ku tahu, semua itu adlah mustahil bagiku..

Ya Allah..teguhkanlah imanku..

Wednesday, March 30, 2011

DIRIKU,,,,,,

ZAINI BINTI ABDUL AZIZ
A128256
PEMBANGUNAN MANUSIA
FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN (FSSK)
TAHUN2, SEM.2 (2010/2011)
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

GGGE 2123 TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN
MEJAR MOHD JASMY BIN ABD. RAHMAN

Tuesday, March 15, 2011

TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN: PENGGUNAAN INTERNET

Komputer adalah alat elektronik yang kompleks serta mempunyai pelbagai kelebihan. Ia sesuai sebagai alat proses pengajaran dan pembelajaran kerana mampu menerima dan juga memproses data.seterusnya, computer juga membantu pengajar untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajarannya berkesan seandainya digunakan secara sistematik. Pengajaran yang disertakan dengan alat bantu mengajar terkini akan dapat menambah minat pelajar mempelajari sesuatu bidang pelajaran. Di samping itu, jika komputer dapat digunakan secara sistematik dan berkesan oleh guru, ia mampu menyelesaikan sebarang masalah pengajaran dan pembelajaran. Ini selaras dengan pandangan Heinich (1996) yang menyatakan bahawa komputer dapat memperkayakan teknik pengajaran. Menurut Merrill (1986) pula, komputer adalah mesin untuk memproses data dan maklumat yang harus diberikan arahan oleh si pengguanArahan ini boleh disampaikan menerusi peralatan input seperti papan kekunci, pengimbas (scanner), kad, tetikus, pad grafik dan unit pemprosesan pusat (CPU).

Heinich (1996) menyatakan komputer mampu mengurus dan mengawal bahan pengajaran yang banyak. Kemampuan komputer berinteraksi dengan pengguna membolehkan pengajar-pengajar menerapkan pengajaran dan pembelajaran secara lebih mudah serta menarik. Bitter (1989) pula menyatakan computer boleh bekerja dengan pantas dan beroperasi sepanjang hari tanpa henti dan maklumat yang dikeluarkan adalah tepat dan pantas. Penggunaan komputer ini ada hubungkaitnya dengan teknologi maklumat dan komunikasi yang kini diaplikasikan dalam sistem pendidikan negara. Ini adalah kerana komputer dijadikan sebagai pangkalan data, dapat memberikan maklumat yang di cari atau diminta oleh orang ramai. Perlaksanaan konsep Sekolah Bestari iaitu salah satu contoh aplikasi perdana dalam Koridor Raya Multimedia adalah usaha kerajaan yang berterusan bagi membentuk generasi baru yang mempunyai daya saing dalam era teknologi maklumat dan komunikasi.

Satu perkembangan yang amat ketara dalam dunia masa kini ialah berlakunya ledakan teknologi maklumat. Dengan adanya kemajuan dalam telekomunikasi, komputer yang dihubungkan dengan jaringan internet telah membolehkan banyak maklumat diperolehi dengan cepat. Inovasi dalam teknologi maklumat ini dapat menyebarkan segala maklumat kepada pelbagai lapisan masyarakat (Nik Azis, 1996). Menyedari hakikat ini, kerajaan Malaysia telah mengambil inisiatif untuk terus memperkembangkan teknologi komunikasi dan maklumat ini dengan menubuhkan Koridor Raya Multimedia (MSC). Tujuh aplikasi utama dalam MSC terdiri daripada kerajaan elektronik, tele-perubatan, sekolah bestari, kad pintar, pemasaran tanpa sempadan, kelompok penyelidikan dan pembangunan dan jaringan perusahaan sedunia. Ketujuh-tujuh aplikasi ini mewujudkan telekomunikasi global berkeupayaan tinggi yang membawa Malaysia ke arah negara maju. (MDC, 2000).

Sejajar dengan teknologi ICT juga, kerajaan telah menubuhkan sekolah bestari yang telah memperlihatkan kesungguhan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mentransformasikan pendidikan agar bangsa Malaysia abad ke-21 ini bukan sahaja menguasai teknologi maklumat malah berupaya merealisasikan Wawasan 2020. Transformasi ini telah mengubah anjakan paradikma pengajar dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan negara khususnya dalam meningkatkan minat pelajar, meningkatkan kreativiti dan pengetahuan pelajar melalui penggunaan teknologi multimedia dan jaringan seluruh dunia.

Hasil kerjaku "Kotak Serbaguna"










Koleksi Video Teknologi Dan Inovasi

Apple's iHolophone


Parking kereta


Futuristic Japanese cars


Komputer supercanggih


Spy pen Camera


HONDA U3-X


Ponsil Pengendali Kereta


Solar Plane


Samsung 3D TV


Zugara's Augmented Reality Motion Capture Shopping App

Monday, March 14, 2011

Model Tenologi dan Inovasi

TUNGKU ELEKTRIK

Produk ini diperbuat dari teknologi canggih dan merupakan inovasi terbaru bantal kesihatan(tungku elektrik).Bahan fabric(tungku elektrik) bantal ini diperbuat daripada bahan anti-kuman/bacteria.Ia tidak berbau dan diisi dengan cecair berubat. Bantal ini amat bagus untuk tujuan mengelakkan artritis,Sikit mata,servikal vertebra, sakit kepala, sakit gigi, kepanasan badan, mengelakkan sakit leher, bahu, belakang, ,sakit tulang/otot reumatisme, sakit haid, perut , paling sesuai untuk perempuan lepas bersalin berpantang) dan lain-lain. Kelebihannya hanya cas dalam 5-8 minit dan boleh digunakan selepas itu selama 2 hingga 3 jam.

NOVO PEN

NovoPen adalah peralatan suntik insulin bagi penderita penyakit gula (diabetes). Bagi penderita penyakit ini, penyuntikan insulin secara berkala merupakan keharusan untuk dapat mempertahankan kualiti kesihatannya. Pada dasarnya, Diabetes Mellitus (DM) atau penyakit kencing manis disebabkan hormon insulin penderita tidak mencukupi, atau tidak dapat bekerja normal. Hormon insulin tersebut mempunyai peranan utama untuk mengatur kadar glukosa di dalam darah. Kadar gula darah dikendalikan dengan menyuntikkan insulin secara berkala.

KATIL ROBOTIK

Syarikat elektronik gergasi Jepun, Panasonic baru-baru ini telah mendedahkan ciptaan terbaru mereka iaitu katil robotik yang boleh diubah menjadi kerusi roda. Katil robotik yang boleh berubah daripada katil kepada kerusi roda itu telah didedahkan menerusi foto. Ia membolehkan pengguna tetap berasa di atas katil atau kerusi roda ketika transformasi berlaku. Ia membuatkan kehidupan manusia lebih mudah terutamanya bagi warga emas dan orang kurang upaya.

MEDICAL MOBILE (GPS)

Sejenis alat teleperubatan yang berbentuk jam tangan juga telah dihasilkan di Kanada untuk golongan warga emas yang menghidap penyakit Alzheimer. Salah satu produk inovasi GPS yang direka khas untuk warga emas yang menghidap penyakit Alzheimer. Pesakit yang memakai jam tangan ini boleh sentiasa berkomunikasi secara lisan dengan pusat kawalannya pada 24/7 bagi pemantauan pergerakan dan juga kesihatan pesakit.

Electricity-Saving Box (ESB)

Electricitiy-Saving Box (ESB) menggunakan teknologi elektrik terkini dari Jerman untuk mengawasi dan memperbaiki penggunaan kuasa elektrik secara aktif. Sebagai tambahan, teknologi pintar ini akan membolehkan keperluan voltan dan arus elektrik digunakan secara optima, sekaligus mengurangkan tenaga aktif (KwH) yang seterusnya akan menjimatkan bil elektrik sehingga 40%. Alat pintar ini juga dapat bertindak sebagai penstabil voltan dengan menyimpan tenaga elektrik sehingga 10 saat yang dapat membekalkan alatan elektrik dengan arus yang stabil semasa tenaga elektrik tidak stabil (power surge). Ini akan seterusnya dapat menyelamatkan alatan elektrik dari rosak akibat arus elektrik berlebihan dan memanjangkan jangka hayat alatan eletrik.

U3-X

Diperkenalkan sebagai peranti mobiliti peribadi. Peranti mobiliti panduan satu roda adalah peranti eksperimental kompak yang sangat padan di antara kedua-dua kaki seseorang penunggang. Dengan teknologi kawalan keseimbangan Honda yang dibangunkan melalui penyelidikan robotik ASIMO, robot pertama di dunia yang menyerupai manusia (humanoid), peranti mobiliti peribadi baru ini membolehkan ia untuk melaraskan kelajuan dan gerakan, berpusing dan berhenti dalam semua arah apabila penunggang menyandarkan bahagian atas badan untuk memindahkan berat badan. Peranti mobiliti peribadi kompak ini adalah peranti yang bukan saja mesra kepada pengguna, malah kepada sesiapa yang berada di sekelilingnya. Bagi penunggang, lebih mudah untuk mereka mencecah permukaan tanah dengan adanya tempat letak kaki. Tambahan pula, posisi duduk penunggang jarang sekali berada pada paras mata yang sama dengan orang lain dan pejalan kaki di sekelilingnya, secara tidak langsung mewujudkan jarak yang selesa antara mereka. Honda akan terus menjalankan penyelidikan dan pembangunan yang diperlukan untuk memeriksa praktikaliti peranti ini dalam persekitaran kehidupan yang sebenar.

SPY PEN

Rekabentuk gajet ini seperti sebatang pen tetapi mampu untuk merakam video. Begitulah canggihnya bagi gajet ini. Gajet ini di inovasi dari Negara China. Gajet ini hanya seberat 30g dengan berdimensi 150mm x 15mm x 15mm. Walaupun bersaiz kecil, ia dilengkapi kamera, microphone dan USB port. Saiz gajet ini sememangnya bersaiz sebatang pen dan anda masih boleh menggunakan gajet ini untuk menulis. Begitu berbaloi memiliki Spy Pen kerana sememangnya ia menyerupai sebatang pen.

BAMBGOO-KERETA DIPERBUAT DAPRIPADA BULUH

Diciptakan oleh Universiti Kyoto Venture Laboratorium Perniagaan, Bambgoo adalah kenderaan yang berfungsi sepenuhnya yang berjalan selama 50 kilometer untuk ‘single charge’.

MESIN BASUH MINI (WONDER WASH)

Mesin basuh pakaian ini tidak memerlukan penggunaan elektrik. Dengan ini dapat menjimatkan pembayaran bil elektrik. Mesin ini dapat mencuci sekitar 2,5 kg baju dalam waktu 10 saat sampai dengan 2 minit. Mesin ini mudah dibawa di mana-mana sahaja kerana tidak memerlukan penggunaan elektrik, sesuai untuk di bawa berhibur bersama keluarga, perkhemahan, ataupun dalam keadaan darurat.

WACOM Graphic Tablet

Wacom adalah sejenis alat bantuan mengajar yang semakin mendapat tempat di kalangan warga pendidik di seluruh dunia. Alat ini berfungsi seperti pen dan kertas di mana pengguna bebas untuk menulis dan melakar gambarajah, yang boleh ditayangkan ke skrin besar. Penggunaan produk inovasi dan berkualiti tinggi seperti Wacom Graphic Tablet adalah sejajar dengan visi kerajaan menggalakkan penggunaan teknologi moden dalam bidang pendidikan. Wacom Company Ltd. adalah sebuah syarikat Jepun yang merupakan syarikat pembuat Graphic Tablet terbesar di dunia. Syarikat ini menguasai 96% pasaran Graphic Tablet dunia dan produk syarikat ini dianggap sebagai yang paling berkualiti di dalam pasaran.

Monday, February 28, 2011

SOLEH & SOLEHAH

Jika mahu mendapatkan yg SOLEH, kurangkan agenda menCARI si SOLEH, tetapi b'usahalah menJADI yg SOLEHAH. Jika inginkan yg SOLEHAH, jgnlah cerewet menCARI yg SOLEHAH, tetapi berusahalah menJADI yg SOLEH. Bertemu yg solehah, solehahnya dia belum tentu KEKAL. Bertemu yg soleh, solehnya boleh BERUBAH kerana si soleh dan si solehah adalah insan biasa. Perkahwinan adalah sebahagian drpda proses utk MENJADI,bukan MENCARI..


"aku mencintai-Mu ya Allah, hadirkanlah insan yang juga mencintai-Mu kepadaku agar bertambah cintaku pada-Mu.." amin