Monday, March 14, 2011

Model Tenologi dan Inovasi

TUNGKU ELEKTRIK

Produk ini diperbuat dari teknologi canggih dan merupakan inovasi terbaru bantal kesihatan(tungku elektrik).Bahan fabric(tungku elektrik) bantal ini diperbuat daripada bahan anti-kuman/bacteria.Ia tidak berbau dan diisi dengan cecair berubat. Bantal ini amat bagus untuk tujuan mengelakkan artritis,Sikit mata,servikal vertebra, sakit kepala, sakit gigi, kepanasan badan, mengelakkan sakit leher, bahu, belakang, ,sakit tulang/otot reumatisme, sakit haid, perut , paling sesuai untuk perempuan lepas bersalin berpantang) dan lain-lain. Kelebihannya hanya cas dalam 5-8 minit dan boleh digunakan selepas itu selama 2 hingga 3 jam.

NOVO PEN

NovoPen adalah peralatan suntik insulin bagi penderita penyakit gula (diabetes). Bagi penderita penyakit ini, penyuntikan insulin secara berkala merupakan keharusan untuk dapat mempertahankan kualiti kesihatannya. Pada dasarnya, Diabetes Mellitus (DM) atau penyakit kencing manis disebabkan hormon insulin penderita tidak mencukupi, atau tidak dapat bekerja normal. Hormon insulin tersebut mempunyai peranan utama untuk mengatur kadar glukosa di dalam darah. Kadar gula darah dikendalikan dengan menyuntikkan insulin secara berkala.

KATIL ROBOTIK

Syarikat elektronik gergasi Jepun, Panasonic baru-baru ini telah mendedahkan ciptaan terbaru mereka iaitu katil robotik yang boleh diubah menjadi kerusi roda. Katil robotik yang boleh berubah daripada katil kepada kerusi roda itu telah didedahkan menerusi foto. Ia membolehkan pengguna tetap berasa di atas katil atau kerusi roda ketika transformasi berlaku. Ia membuatkan kehidupan manusia lebih mudah terutamanya bagi warga emas dan orang kurang upaya.

MEDICAL MOBILE (GPS)

Sejenis alat teleperubatan yang berbentuk jam tangan juga telah dihasilkan di Kanada untuk golongan warga emas yang menghidap penyakit Alzheimer. Salah satu produk inovasi GPS yang direka khas untuk warga emas yang menghidap penyakit Alzheimer. Pesakit yang memakai jam tangan ini boleh sentiasa berkomunikasi secara lisan dengan pusat kawalannya pada 24/7 bagi pemantauan pergerakan dan juga kesihatan pesakit.

Electricity-Saving Box (ESB)

Electricitiy-Saving Box (ESB) menggunakan teknologi elektrik terkini dari Jerman untuk mengawasi dan memperbaiki penggunaan kuasa elektrik secara aktif. Sebagai tambahan, teknologi pintar ini akan membolehkan keperluan voltan dan arus elektrik digunakan secara optima, sekaligus mengurangkan tenaga aktif (KwH) yang seterusnya akan menjimatkan bil elektrik sehingga 40%. Alat pintar ini juga dapat bertindak sebagai penstabil voltan dengan menyimpan tenaga elektrik sehingga 10 saat yang dapat membekalkan alatan elektrik dengan arus yang stabil semasa tenaga elektrik tidak stabil (power surge). Ini akan seterusnya dapat menyelamatkan alatan elektrik dari rosak akibat arus elektrik berlebihan dan memanjangkan jangka hayat alatan eletrik.

U3-X

Diperkenalkan sebagai peranti mobiliti peribadi. Peranti mobiliti panduan satu roda adalah peranti eksperimental kompak yang sangat padan di antara kedua-dua kaki seseorang penunggang. Dengan teknologi kawalan keseimbangan Honda yang dibangunkan melalui penyelidikan robotik ASIMO, robot pertama di dunia yang menyerupai manusia (humanoid), peranti mobiliti peribadi baru ini membolehkan ia untuk melaraskan kelajuan dan gerakan, berpusing dan berhenti dalam semua arah apabila penunggang menyandarkan bahagian atas badan untuk memindahkan berat badan. Peranti mobiliti peribadi kompak ini adalah peranti yang bukan saja mesra kepada pengguna, malah kepada sesiapa yang berada di sekelilingnya. Bagi penunggang, lebih mudah untuk mereka mencecah permukaan tanah dengan adanya tempat letak kaki. Tambahan pula, posisi duduk penunggang jarang sekali berada pada paras mata yang sama dengan orang lain dan pejalan kaki di sekelilingnya, secara tidak langsung mewujudkan jarak yang selesa antara mereka. Honda akan terus menjalankan penyelidikan dan pembangunan yang diperlukan untuk memeriksa praktikaliti peranti ini dalam persekitaran kehidupan yang sebenar.

SPY PEN

Rekabentuk gajet ini seperti sebatang pen tetapi mampu untuk merakam video. Begitulah canggihnya bagi gajet ini. Gajet ini di inovasi dari Negara China. Gajet ini hanya seberat 30g dengan berdimensi 150mm x 15mm x 15mm. Walaupun bersaiz kecil, ia dilengkapi kamera, microphone dan USB port. Saiz gajet ini sememangnya bersaiz sebatang pen dan anda masih boleh menggunakan gajet ini untuk menulis. Begitu berbaloi memiliki Spy Pen kerana sememangnya ia menyerupai sebatang pen.

BAMBGOO-KERETA DIPERBUAT DAPRIPADA BULUH

Diciptakan oleh Universiti Kyoto Venture Laboratorium Perniagaan, Bambgoo adalah kenderaan yang berfungsi sepenuhnya yang berjalan selama 50 kilometer untuk ‘single charge’.

MESIN BASUH MINI (WONDER WASH)

Mesin basuh pakaian ini tidak memerlukan penggunaan elektrik. Dengan ini dapat menjimatkan pembayaran bil elektrik. Mesin ini dapat mencuci sekitar 2,5 kg baju dalam waktu 10 saat sampai dengan 2 minit. Mesin ini mudah dibawa di mana-mana sahaja kerana tidak memerlukan penggunaan elektrik, sesuai untuk di bawa berhibur bersama keluarga, perkhemahan, ataupun dalam keadaan darurat.

WACOM Graphic Tablet

Wacom adalah sejenis alat bantuan mengajar yang semakin mendapat tempat di kalangan warga pendidik di seluruh dunia. Alat ini berfungsi seperti pen dan kertas di mana pengguna bebas untuk menulis dan melakar gambarajah, yang boleh ditayangkan ke skrin besar. Penggunaan produk inovasi dan berkualiti tinggi seperti Wacom Graphic Tablet adalah sejajar dengan visi kerajaan menggalakkan penggunaan teknologi moden dalam bidang pendidikan. Wacom Company Ltd. adalah sebuah syarikat Jepun yang merupakan syarikat pembuat Graphic Tablet terbesar di dunia. Syarikat ini menguasai 96% pasaran Graphic Tablet dunia dan produk syarikat ini dianggap sebagai yang paling berkualiti di dalam pasaran.

No comments:

Post a Comment