Komputer adalah alat elektronik yang kompleks serta mempunyai pelbagai kelebihan. Ia sesuai sebagai alat proses pengajaran dan pembelajaran kerana mampu menerima dan juga memproses data.seterusnya, computer juga membantu pengajar untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajarannya berkesan seandainya digunakan secara sistematik. Pengajaran yang disertakan dengan alat bantu mengajar terkini akan dapat menambah minat pelajar mempelajari sesuatu bidang pelajaran. Di samping itu, jika komputer dapat digunakan secara sistematik dan berkesan oleh guru, ia mampu menyelesaikan sebarang masalah pengajaran dan pembelajaran. Ini selaras dengan pandangan Heinich (1996) yang menyatakan bahawa komputer dapat memperkayakan teknik pengajaran. Menurut Merrill (1986) pula, komputer adalah mesin untuk memproses data dan maklumat yang harus diberikan arahan oleh si pengguanArahan ini boleh disampaikan menerusi peralatan input seperti papan kekunci, pengimbas (scanner), kad, tetikus, pad grafik dan unit pemprosesan pusat (CPU).
Heinich (1996) menyatakan komputer mampu mengurus dan mengawal bahan pengajaran yang banyak. Kemampuan komputer berinteraksi dengan pengguna membolehkan pengajar-pengajar menerapkan pengajaran dan pembelajaran secara lebih mudah serta menarik. Bitter (1989) pula menyatakan computer boleh bekerja dengan pantas dan beroperasi sepanjang hari tanpa henti dan maklumat yang dikeluarkan adalah tepat dan pantas. Penggunaan komputer ini ada hubungkaitnya dengan teknologi maklumat dan komunikasi yang kini diaplikasikan dalam sistem pendidikan negara. Ini adalah kerana komputer dijadikan sebagai pangkalan data, dapat memberikan maklumat yang di cari atau diminta oleh orang ramai. Perlaksanaan konsep Sekolah Bestari iaitu salah satu contoh aplikasi perdana dalam Koridor Raya Multimedia adalah usaha kerajaan yang berterusan bagi membentuk generasi baru yang mempunyai daya saing dalam era teknologi maklumat dan komunikasi.
Satu perkembangan yang amat ketara dalam dunia masa kini ialah berlakunya ledakan teknologi maklumat. Dengan adanya kemajuan dalam telekomunikasi, komputer yang dihubungkan dengan jaringan internet telah membolehkan banyak maklumat diperolehi dengan cepat. Inovasi dalam teknologi maklumat ini dapat menyebarkan segala maklumat kepada pelbagai lapisan masyarakat (Nik Azis, 1996). Menyedari hakikat ini, kerajaan Malaysia telah mengambil inisiatif untuk terus memperkembangkan teknologi komunikasi dan maklumat ini dengan menubuhkan Koridor Raya Multimedia (MSC). Tujuh aplikasi utama dalam MSC terdiri daripada kerajaan elektronik, tele-perubatan, sekolah bestari, kad pintar, pemasaran tanpa sempadan, kelompok penyelidikan dan pembangunan dan jaringan perusahaan sedunia. Ketujuh-tujuh aplikasi ini mewujudkan telekomunikasi global berkeupayaan tinggi yang membawa Malaysia ke arah negara maju. (MDC, 2000).
Sejajar dengan teknologi ICT juga, kerajaan telah menubuhkan sekolah bestari yang telah memperlihatkan kesungguhan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mentransformasikan pendidikan agar bangsa Malaysia abad ke-21 ini bukan sahaja menguasai teknologi maklumat malah berupaya merealisasikan Wawasan 2020. Transformasi ini telah mengubah anjakan paradikma pengajar dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan negara khususnya dalam meningkatkan minat pelajar, meningkatkan kreativiti dan pengetahuan pelajar melalui penggunaan teknologi multimedia dan jaringan seluruh dunia.
Internet merupakan teknologi asas dalam pembangunan teknologi maklumat. Kini, internet merupakan salah satu saluran rangkaian penghubung dunia yang telah mengecilkan dunia. Dunia tanpa sempadan dimungkinkan dengan adanya jaringan internet ini. Walau bagaimanapun, teknologi internet ini kerap disalahgunakan sehingga menjadi saluran yang boleh membawa kemudaratan.
ReplyDeleteInternet merupakan saluran ilmu pengetahuan kepada semua pengguna. Kini, pelbagai pengetahuan terkini dapat disalurkan melalui internet. Internet merupakan khazanah ilmu yang membantu berjuta-juta pelajar untuk mendapatkan maklumat dalam proses pembelajaran dan penyelidikan. Tugas guru juga dipermudah melalui penggunaan internet yang membekalkan pelbagai ilmu terkini dan mudah. Perkembangan sains dan teknologi serta ilmu canggih dipaparkan dalam internet. Ia juga membantu dalam proses penyelidikan dan pembangunan.
Selain itu, internet merupakan saluran komunikasi antarabangsa. Teleperubatan dimungkinkan dengan adanya internet. Pakar-pakar perubatan dapat berkomunikasi dan berinteraksi dengan adanya internet. Pelbagai pembedahan dan diagnosis dimungkinkan melalui internet. Komunikasi dalam aspek ekonomi dan politik pula dapat dimungkinkan dengan telekonferens. Ini memudahkan sesuatu urusan komunikasi dalam usaha membuat keputusan tanpa pergi ke sesuatu tempat. Di samping itu, pendidikan jarak jauh juga dapat dijalankan dengan adanya kemudahan internet. Internet ini memberi faedah kepada pelbagai lapisan masyarakat untuk melanjutkan pengajian mereka tanpa menjejakkan kaki ke menara gading.
NUR RADIA BINTI HARUN
A128048
FSSK / 2
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSalam Zaini,
ReplyDeleteterima kasih info yang dismapaikan. Ianya amat menarik. Saya bersetuju bahawa penggunaan internet dalam pendidikan amat penting bagi meningkatkan kefahaman pelajar serta membolehkan pelajar mendapatkan informasi terkini dengan mudah dan cepat.
FATIN FARHANA BT ZAKARIA
A127817
FSSK/2
ISNIN 8-10 MALAM,MAKMAL KOMPUTER 3 DEWAN BUDIMAN
Penggunaan internet pada masa kini berkembang dengan begitu pesat khususnya di negara-negara maju dan sedang membangun.Ia diibaratkan seperti cendawan tumbuh selepas hujan.Aplikasi internet dalam kehidupan masyarakat pada hari ini sangat penting bagi mendapatkan pelbagai maklumat. Kerajaan juga menggalakkan supaya rakyatnya celik IT supaya mampu bersaing dengan individu-individu yang mahir dalam bidang teknolgi. Pendedahan tentang internet ini perlu diberi khususnya kepada golongan kanak-kanak. Ini kerana,sekiranya mereka didehakan tentang dunia siber khususnya internet sejak kecil,mereka tidak akan mengalami kejutan budaya sekiranya mereka dewasa kelak. Ini seterusnya dapat melahirkan generasi yang intelek dan mampu memimpin negara dengan sempurna di masa akan datang.
ReplyDeleteMOHD IZZAT AZREN BIN MOHD AZMAN (A131055)
PROGRAM PEMBANGUNAN MANUSIA
TAHUN 2,SEMESTER 2 SESI 2010/2011
FSSK
Assalamualaikum.
ReplyDeletePenggunaan internet dalam kalangan pelajar tidaklah asing kini. Saya setuju bahawa peningkatan kemudahan teknologi komputer adalah penyumbang utama kepada pengaruh internet.
Rata-rata di sekolah sudah menyediakan makmal komputer. Tambahan lagi, kemudahan internet seperti wifi juga diberikan secara percuma. Hal ini memeudahkan pelajar melayari internet untuk mencari maklumat dan ilmu tambahan.
Mereka boleh berbincang dalam dunia maya, membuat forum pendidikan, mengolah idea dan sebagainya lagi. Kesannya ia mampu melahirkan pelajar yang berminda kritis, berfikiran matang, bijak dan berinovasi tinggi.
Namun begitu, pemantauan berterusan daripada pihak guru dan ibu bapa adalah perlu. Hal ini bagi memastikan tidak berlakunya penyalahgunaan internet. Jika dilihat, pelajar mempunyai kecenderungan untuk memilih laman sosial, hiburan dan laman lucah. Ia disebabkan pengaruh rakan dan kurangnya didikan kepenggunaan.
Akhir kata, semoga internet terus maju untuk memberi input berguna kepada anak bangsa dan negara.
Sekian, Wasalam.
NURUL HIDAYAH ABDUL RAHMAN
A130252
FSSK
TAHUN 2/SEM 2(SESI 2010/2011)
Tutorial:8-10pm
Assalamualaikum,
ReplyDeleteMemang tidak dapat dinafikan lagi dengan arus peredaran pada zaman sekarang penggunaan komputer khususnya internet didalam pembelajaran sudah menjadi satu trend di dunia. Ini kerana, dengan adanya sambungan serta capaian Internet kita boleh mengakses segala maklumat dalam pembelajaran dengan mudah, cepat dan efisyien. Malahan lagi, capaian internet pada zaman sekarang boleh dikatakan terdapat di mana-mana tempat dengan adanya perkhidmatan wayarles; cafe, kedai makanan, di tempat-tempat awam dan lain-lain.
Selain itu, penggunaan internet juga memudahkan kita sebagai pelajar untuk mencari bahan-bahan dalam pembelajaran. Jika dahulunya kita terpaksa ke perpustakaan untuk mencari artikel-artikel atau jurnal yang perlu digunakan untuk membuat penyelidikan, tetapi sekarang tidak lagi. Dengan adanya artikel dan jurnal, malahan buku secara dalam talian (online), kita tidak perlu lagi bersusah payah ke perpustakaan mencari dan meneliti satu persatu artikel yang diperlukan.
Oleh itu, penggunaan Internet mempunyai bayak kelebihannya tetapi jika disalahgunakan, ia mungkin akan mendatangkan kepada keburukan kepada individu tersebut.
Sekian, Wassalam
NURMARIAM AISYAH BINTI HASHIM
A130905
PENGAJIAN BAHASA INGGERIS, FSSK
TAHUN 2 SEM 2, SESI 2010/2011
Tutorial Selasa, 8.00-10.00 malam, Makmal 3 Fakulti Pendidikan
Assalamualaikum,
ReplyDeleteSama seperti sahabat-sahabat yang lain,saya bersetuju dengan kebaikan internet.Namun di sebalik kebaikan tersebuat tetap wujud keburukannya. Dengan bertunjangkan iman yang kuat seseorang pelajar itu dapat menjauhkan diri mereka daripada mengakses bahan-bahan berunsur negatif seperti melihat gambar serta video-vedeo yang berunsur seks atau kebaratan.
CITY ZULAIHA BINTI MOHAMAD ZAID
A130775
TAHUN 2 SEM 2
FFAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletePenggunaan Internet sebagai sumber rujukan ilmiah adalah salah satu asas penting yang perlu dikuasai oleh setiap pelajar agar mampu bersaing di peringkat tempatan dan antarbangsa. Malangnya, rakyat di Malaysia masih menggunakan capaian Internet berkelajuan rendah walaupun capaian Internet berkelajuan tinggi telah lama wujud. Ini kerana harga caj perkhidmatan Internet berkelajuaan tinggi adalah terlalu mahal dan tidak mampu untuk dimiliki oleh pelajar. Pihak berkuasa perlu memantau keadaan ini dan menawarkan harga caj Internet yang lebih berpatutan dan mampu dimiliki semua lapisan masyarakat terutamanya pelajar, agar kemajuaan teknologi dapat dimanfaatkan sepenuhnya bagi meningkatkan pengetahuan dan produktiviti.
ReplyDeleteMUHAMMAD ANUAR BIN MAULOD (A130797)
PROGRAM KOMUNIKASI DAN PENGURUSAN MAKLUMAT
FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN
TAHUN 2 SEMESTER 2 SESI 2010/2011
salam zaini..
ReplyDeleteSejajar dengan teknologi ICT, meningkatkan minat pelajar, meningkatkan kreativiti dan pengetahuan pelajar melalui penggunaan teknologi multimedia dan jaringan seluruh dunia.
SITI NURULHUDA BINTI SHEH ANUAR '
A127887
FSSK/2
salam..
ReplyDeleteDalam memperkatakan teknologi dalam pendidikan, Grove et al. (2004) menyatakan nilai teknologi di dalam bilik darjah telah menimbulkan isu dan perdebatan dalam kalangan ahli teknologi pendidikan. Teknologi telah dibuktikan dapat meningkatkan produktiviti, menambahkan motivasi, menyokong pengajaran secara tidak langsung, kebolehan pengajaran yang bersifat unik, dan meningkatkan literasi maklumat (Roblyer & Schwier, 2003). Justifikasi ini timbul di dalam iklim kritikan berasaskan pelaburan yang besar dalam teknologi yang diragui keberkesanannya (Cuban, 2001).
Dalam hal ini, ahli teori telah meletakkan diri mereka sebagai
penyokong kepada perspektif yang menjurus kepada efektifnya penggunaan teknologi.
NUR SYAIRAH MOHAMAD
A128536
FSSK/2
Terima kasih atas maklumat yang diberikan.
ReplyDeleteInternet juga dikenali sebagai dunia tanpa sempadan. Banyak lagi kelebihan-kelebihannya yang belum lagi diaplikasikan secara meluas. Tidak lupa juga keburukan yang disebabkannya, tetapi itu adalah satu isu besar yang lain. Tetapi sekarang internet merupakan satu sumber yang terbesar yang mudah untuk didapati, lagi-lagi dengan boradband dan WIFI yang boleh dikatakan terdapat di mana-mana sahaja.
NUR AKMAL BINTI MOHAMED ROZALI
A126692
FST/2 PROGRAM GENETIK (PPBsBt)
Salam Zaa,
ReplyDeleteSememangnya saya bersetuju bahawa teknologi telah mewarnai sistem pendidikan dunia. Proses P&P semakin menarik dengan adanya bantuan alat teknologi.
Bagi saya, Sekolah Bestari adalah salah satu usaha terpuji kerajaan dalam memantapkan sistem pendidikan di Malaysia kerana kanak-kanak akan didedahkan lebih awal kepada dunia ICT. Namun pendedahan awal ini perlu dipantau sebaiknya oleh tenaga pengajar dan ibu bapa. Anak-anak yang mendapat pendedahan terlalu awal dengan dunia ICT dikhuatiri menjadi 'dewasa sebelum usianya'. Mereka akan tahu banyak perkara yang tidak sepatutnya kanak-kanak tahu, kerana sudah terlebih mahir untuk mencari maklumat di Internet.
Sekian, sekadar pandangan..
MASTURA BINTI NASRUN SANI
A127641
PEMBANGUNAN MANUSIA,FSSK/2
SEM 2, SESI 2010/2011
Assalamualaikum Zaini,
ReplyDeleteDalam dunia yang serba canggih dengan perkembangan teknologi yang semakin pesat, kita dapat lihat kini manusia telah mempunyai mempunyai tahap kebergantungan yang sangat tinggi kepada teknologi moden ini terutamanya terhadap penggunaan internet.
Penggunaan internet ini dijangka akan terus berkembang dengan pesat sebagai medium komunikasi multimedia utama dunia. Hakikatnya dunia siber ini tidak akan berhenti brkembang sehingga hari ini. Pada masa kini kita dapat mengakses Internet bila-bila masa dan di mana-mana jua, misalnya melalui telefon bimbit
Berkenaan dengan sekolah bestari, saya sangat bersetuju jika ia dijalankan ke atas sekolah-sekolah. Untuk bersaing di alaf baru ini kita memerlukan generasi yang mahir dalam ICT.
SAKINAH BINTI RAMLI
A130757
TAHUN 2(SEM 2 2010/2011)
PSIKOLOGI,FSSK
SELASA 8-10 MALAM
MAKMAL 3