Wednesday, March 10, 2010

Pemuda dengan Budak Penjual Kuih

Terdapat seorang pemuda yang baru sahaja berhenti untuk singgah di gerai makan. dia kemudiannya didatangi oleh seorang budak penjual kuih...

"Abang nak beli kuih?" katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.


“Tak apalah dik... Abang dah pesan makanan," jawap pemuda ringkas.

Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, pemuda tersebut terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian dia nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.

"Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya.

"Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni," kata pemuda sambil menepuk-nepuk perut.

Dia beredar, tapi cuma setakat dikaki lima. Sampai disitu, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, "Tak nak beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau makcik?"

Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalng dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan dihati pemuda tersebut melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.

Selepas membayar harga makanan dan minuman, pemuda tadi terus beredar bekereta. Kanak-kanak itu kelihatan berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Pemuda tersebut buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat dia menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Pemuda itu menurunkan cermin, membalas senyumannya.

"Abang dah kenyang, tapi mungkin Abang perlukan kuih saya untuk adik-adik Abang, ibu atau ayah Abang" katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.

Pemuda tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul persaan kesian dihati. Lantas membuka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10 dan menghulurkan padanya.

"Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu," pemuda berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Dia gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta hidupkan, dia mengundur. Alangkah terperanjatnya apabila melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.

Pemuda tadi terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu.

"Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya.

"Kenapa adik berikan duit Abang tadi pada pengemis tu? Duit tu Abang bagi adik!" kata pemuda tanpa menjawap pertanyaannya.

"Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.

Pemuda tersebut menjadi sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.

"Abang nak beli semua ke?" dia betanya dan pemuda tadi cuma mengangguk. Lidahnya menjadi kelu..

"RM25 saja bang."

Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, pemuda tersebut hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.

Pemuda tadi perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan.Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru dia terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirkannya? Terus terang katakan, dia beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

Sesungguhnya kagum dengan sikap kanak-kanak itu dan menyedarkan pemuda, siapa kita sebenarnya!

No comments:

Post a Comment