Monday, March 15, 2010

Lumrah...

Hari ini, hatiku sedih sangat..nak menangis, air mata pun dah kering, nak mengadu tak siapa yang mahu mendengar..
Keluargapun jauh..ke mana hendak ku pergi, kepada siapa hendak ku meluahkan rasa.. perit rasanya bila perasaan ini dipendam seorang diri..
Kawan??? mereka hanya mendampingi ketika ku senang tapi bila sukar seperti ini, tidak ada seorang pun yang memunculkan diri..beginilah lumrah dunia..
Kepada siapa lagi hendakku berkongsi suka dan duka..pasangan kekasih??? ah, aku terlalu muda untuk berkasih-kasihan..tidak terfikir lagi untukku buat untuk mencari kekasih, kadang-kadang perkara seperti ini akan menambahkan lagi masalah dan beban yang ku hadapi..
Satu sahaja yang mampu mendengar rintihan dan suara hati ini...ALLAH S.W.T.

1 comment:

  1. tipu lah..aku dan dak2 HD ada je kat sini utk dengar masalah ko..tp ko yg nk rahsiakan dari kami..yela..kami ni sape la kan utk ko..huhu

    ReplyDelete